Thursday, 6 October 2011

CIKGU MAZURA




 Mazura guruku...


Seorang guru yang paling aku sayangi sewaktu aku bersekolah di SMK saujana impian pada tingkatan 3 (2011)..Dia lah yang aku sayang dan aku telah anggapkan guru ini seperti ibu kedua ku... Hinggakan aku menjadi cemburu apabila aku melihat anaknya salam tangannya di hadapan ku...aku menjadi cemburu kerana aku tidak dapat salam tangannya seperti anaknya salam tangannya...

Dia lah guru yang banyak membantu aku ketika aku menduduki peperiksaan PMR..dia lah yang telah memberi soalan-soalan ramalan tiap-tiap malam...

Pada 6.10.2011 guru ini telah memberi tahu kepada aku yang dia
akan pindah pada 14.10.2011, apa bila aku sudah tahu berita itu, hatiku menjadi susah kerana kami baru kenal tak sampai setahun.... aku menjadi lebih susah hati kerana dia memberitahu yang dia akan pindah ke turki selama dua tahun...kerana suaminya harus bekerja di sana...

Aku mengharap guru ini tidak akan lupakan aku hingga akhir waktu...
Mazura ibu keduaku..
Maafkan saya jika ada salah silap...saya doakan cikgu dan suami cikgu selamat disana dan sihat sentiasa....